Bermula yg nk makan pizza ni cik kak ct kite tu la...pas kenduri kak wani kitorg berkejor ke rawang dgn cik abg dia...alang2 ke rawang aku ajak aju turun sekali..umah dia kt sg buluh dekat dh..kebetulan pada hr tu dia keje..dia keje kilang di rawang n kuar keje kul 4..sblum tggu aju kuar dr tempat keje dia kitorg g la shopping..
ini la kasut aku beli msa shopping tu tp ni pic kasut ct..kitorg beli sma, mulanye dia punya color putih tp xde size dia la ,so sma la dgn aku..yg sedihnye kasut aku tertinggal dlm kete abg dia...uwaaaaaaa...pasangan yg ideal..thanks la cz belanja pizza..ahaks..

yg baju kuning tu la aju..sekarang ni dia dh semakin tembam..bahagia la katakan..dulu dia ni slim cm model..
ni la pizza yg kitorg pesan..x tau pizza pe..seafood dgn ala thai rasanye..
kalau dh jumpa mcm2 cite la kuar..x henti2 gelak..yg jd mgsa si ct la..jenuh abg dia jd photographer..bru abg dia nk mkn dia suh abg dia tgkap gambar..kitorg asyik gelak je..cm pizza hut tu umah kami dah..best sgt msa tu..bila lagi time camni akan berulang?..

tq mummy roshie cz bg tag ni..hahaha..cam artis lak nk kna jwab soklan ni..ok la nk perah otak jwb soklan ni..

1. anda rasa anda hot?
  • hot?hmmmmm..sekarang ni musim paneh..mmg hot la..hehehe..gurau je..kdg2 de la rasa hot..suam2 kuku je..

2. upload gambar kegemaran anda.

3. kenapa anda suka gambar ini?
  • suka la sbb ni pic baru ni..pic aku pakai make up sllu x pakai make up..

4. bila kali terakhir anda makan piza?
  • cam tau2 je..bru sabtu pas kite makan pizza hut tau..tu pn sbb member teringgin nk makan..nnt kite entry pic kat pizza hut tu..ahakssssss..

5. lagu terakhir yang anda dengar.
  • lagu faizal tahir-coba..suka sgt lagu ni..

6. apa yang sedang anda buat selain selesaikan tag ini?
  • buat keje le..pastu sambil tu chatting..hehehehe.tgh bosan le..

7. selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa?
  • azza
  • hajah-lum g haji family dh bg pangkat hajah.
8. tag lagi 6 orang dengan hati yg terbuka tanpa rasa kekesalan. sila lakukan kalau tak kena denda mandatori.
1. ayudear-wlupn mummy dh bg tag kat ayu,akak senarai gak ayu dlm tag akak ni..
2. luvlyziha
3. conan-jawab conan jgn x jwb..
4. abrabby(ct)-ni 1st tag utk ko..
5. naruto(yeop )-yeop ko jwb tau..
6. serisufi

9. siapa no 1 kepada anda?
  • ayudear-sahabat baik aku le..mucuk2..muahhhh..

10. bagaimana pulak dengan no 4?
  • abrabby-ni pun sahabat baik kita gak..kenal dr bangku sekolah lg..

11. kata sesuatu tentang orang no 5.
  • Naruto(yeop)-kejor yeop kejor..jwb tag aku ni..

12. bagaimana pulak dengan orang no 3
  • conan-follower yg rajin bagi comment..tq conan..

13. siapakah orang no 2?
  • Luvlyziha-follower aku yg comel dan kreatif..

14. bagi pesanan anda untuk orang no 6.
  • serisufi-salam perkenalan..terima kasih add sy jd follower awk..muahhhh..
Lagu ni adalah lagu feveret aku..suka dengor lagu ni sbb liriknye menyentuh hati ckit..klu x caye cuba dengor..mesti korang teringat kenangan lama..

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

P/S:aku tertarik bulletin yg dikirim oleh member tagged aku ni..bulletin ni buat aku rasa insaf dan bersyukur kepadaNya..

Hari Sabtu ( 2hb Mei 2009) aku g kenduri kawin kak wani kat gesir tengah..comel kak wani dengan pakaian pengantin serba oren tu..selamat pengantin baru kak wani..semoga bahagia hingga ke akhir hayat..amin..



turut hadir bro kita si tomok anak jati gesir tengah..
apat yg semakin chubby dan comel hadir bersama teman istimewa..aku x sempat nk snap pic awek dia..
restoran ni la dulu tempat aku selalu lepak dgn aju,ajar,jem dan member2 yg lain..kitorg panggil owner kedai ni makcik juih sbb mulut makcik ni juih..hahahaha..kat kedai makcik juih aku melantak buah dgn ct..paneh betui cuaca hr tu..
Hari jumaat lepas aku ajar ct buat blog kat tempat aku..so pas ni cik ct kita rajin2 la entry blog ye..pas ajo ct buat blog kitorg ke pekan tg malim..nk beli hadiah kak wani..masa nk beli hadiah punyala sesak org so x sempat la aku nk snap2 pe2..cuma dpt snap pic kitorg g tempat jual2 yg pakai khemah tu je..cntik2 dan warna warni barang2 kat ctu tp harga mahai..
jam loceng bermcm2 color de barang kat cni agak mahal gak..klu di kedai biasa separuh harga dr tempat ni,kdg2 barangnye kurang kualiti..kat cni de mcm2 anak patung dan keychain..tp hrga kna pk dua tiga kali dulu..
kerongsang pun pattern lama tp harga mak aih..


tq ayu bg akak award sempena labour day..cute sgt..selamat hari pekerja..





♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



AwArD